Sunday, November 14, 2010

...mencari sinar....

ku tercari-cari... dimanakah yang harus aku mulai langkah ini...
adakah jalan yang aku lalui ini adalah jalan yang betul...

Ya Allah.. Ya Rabbi...

tunjukkanlah aku jalan yang betul di sisimu...
aku dh cuba mencari,, melangkah mencari jalan ketenagan kedamaian dalam hidupku..
tapi aku masih tertanya.. adakh jalan ini pasti untukku...
untuk hambamu ini..

Ya Allah...

walaupun terdapat banyak penghalang dan rintangan yang aku lalui.. aku cuba juga, lalui jalan tersebuat
biarpun terlampau banyak dugaan yang akan aku tempuhi ini...
biarpun ramai yang mengata dan menghina pilihanku.. tapi aku percaya semuanya akan berubah..

insyaAllah...

aku pasti dugaan atau yang Engkau berikan pada hambamu ini adalah sebahagian dari ujian Mu..

Friday, February 5, 2010

halallah... bagiku dan die....


semoga pohonan cipta bersemi......
daunan rindu merimbun di hati, selamaya.......
di bawah rahmat dan kasih Ilahi............!!!


"suamiku.....,
aku mencintaimu kerana agamamu..
Jika hilang agamamu..
hilanglah cintaku padamu.."

(kata2 imam Nawawi)


Qaniah membaca kisah Aisyah r.a y mencerikatan peribadi kekasihnya Rasulullah s.a.w. sungguh hebat percintaan mereka. Qani'ah kagum. tidak hairanlah Rasulullah s.a.w apabila ditanya ttg wanita y paling dicintai, Baginda menjawab, Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w juga dicintai oleh semua isteri2nya yang lain kerana keadilan Baginda memberi hak kesemua mereka. perkahwinan yang ditegakkan atas dasar takwa, bukanya nafsu semata-mata membuahkan keharmunian dan kebahagian berkekalan....

sabda Rasulullah s.a.w:
"sebaik-baik kamu ialah orang yang
berbuat baik terhadap isterinya"

(riwayat al-Tirmizi)

Qaniah sedar sedalam mana cintanya kepada suami tetap tak boleh mengatasi cinta kepada Allah swt dan Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w sendiri berpesan:

" cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu kelak dia musuhnya. dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai."

Maksud sabda Baginda lagi:

" Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya dan seluruh manusia."

Rasulullah menunjukkan contoh suami terbaik dalam sebuah rumah tangga. Baginda mencintai isterinya dan sentiasa menghiburkan mereka dengan peribadi mulia. Menghidupkan sebuah keluarga merupakan sebahagian ajarannya da cara mencintainya pula ialah dengan mengamalkan ajaran Baginda itu.

" Tiada apa yang dipinta melainkan agar Allah swt reda denganya"